Facebook
YouTube
Vimeo
Logo_Bajkowska_v18-RGB-sm
  • English
  • polski
  • Espanol
  • 中文
  • 日本語
  • 한국인
  • Melayu
  • Author
  • Cookie Policy

Kaedah Bajkowska

Pedagogi muzik ini merupakan kaedah yang paling cepat, paling berkesan dan termudah di dunia.

Kaedah Bajkowska

Kaedah pembelajaran musik ini berasal daripada satu kisah muzikal fantasi dan memperkenalkan cara belajar sambil bermain. Nota muzik diubah menjadi watak-watak dalam kisah Kaedah Bajkowska. Pengembaraan mereka akan menerangkan teori muzik secara mudah, untuk membantu pelajar-pelajar yang masih kecil (seperti pelajar yang berumur 3 tahun) dalam pembelajaran muzik dan pengarangan muzik. Kemahiran ini dapat mereka belajar secara semula jadi —— bukan belajar secara hafal, tetapi dengan imaginasi kanak-kanak.

Nota muzik akan dipersonifikasikan dalam kaedah Bajkowska dalam kisah utama :

Nota muzik akan menjadi watak-watak dalam kisah tersebut.

Pembelajaran baru yang berkesan
Kaedah Bajkowska menyediakan 4 keputusan yang gemilang kepada pemula-pemula muzik :

  1. Persepsi dalam pendengaran muzik – melalui struktur muzik dan emosinya (terutamanya muzik klasik)
  2. Memahami nota muzik / membaca skor muzik dengan lancar (pada tahap asas)
  3. Memainkan piano melalui skor (bukan melalui pendengaran)
  4. Persepsi dalam pengarangan muzik – dapat mencari melodi di atas piano dan menulis atas ‘stave’

Keputusan tersebut dapat dicapai sesiapa sahaja, merangkumi :

  • Pelajar yang berumur 3 tahun (melalui pengajaran individu)
  • Pelajar yang berumur 4 hingga 6 tahun (pengajaran dalam bilik darjah tadika / taska atau sekolah rendah)
  • Pada sesi pengajaran piano pertama (kanak-kanak yang matang sikit, pemuda-pemudi dan dewasa)

Pedagogi muzik ini merupakan kaedah yang paling cepat, paling berkesan dan termudah di dunia.

Three method's steps

3 Langkah kaedah :

1. Persepsi dalam pendengaran

Kanak-kanak perlulah jatuh cinta kepada muzik klasik, sebab itu mereka haruslah belajar muzik melalui kontras muzik, struktur muzik dan emosi.

Langkah ini juga dapat diajarkan kepada kanak-kanak yang masih kecil – seperti kanak yang berumur 2 tahun.

2. Persepsi penggubalan / Bermain

Pelajar-pelajar belajar teori muzik (istilah muzik, nota muzik atau peraturan tatatanda muzik), begitu juga dengan memainkan piano melalui skor. Semua aktiviti pedagogi dalam langkah ini adalah menurut kisah muzik dan ‘pembelajaran secara bermain’ (seperti pada waktu kelas dan aktiviti kumpulan).

3. Persepsi mencipta

Satu pedagogi yang unik akan dibukakan dan merangsangkan ‘kreativiti’ kepada pelajar-pelajar. Mereka akan mula mengarang muzik mereka tersendiri melalui penemuan melodi atas piano dan menuliskan di atas ‘stave’.

Kisah Muzik

Buku kaedah utama adalah daripada ‘Song Girl and Little Notes’ oleh Ms Lidia Bajkowska (1992-2020). Sejak 2020 tajuk ini tersedia dalam bahasa Inggeris.

  • Merupakan satu buku yang terlaris di Poland.
  • Satu-satunya buku yang membantu kanak-kanak belajar peraturan tatatanda muzik sendiri tanpa bantuan guru.
  • Sesuai untuk keperluan sekolah muzik profesional, guru piano swasta, sekolah rendah, tadika / taska dan selainnya.

Watak-watak terpilih :

Gadis Lagu dan Anjing Korus

Tujuh anak Nota

Contoh muka surat dalam kisah

Pengembaraan Gadis Lagu memperkenalkan 4 kontras muzik kepada kanak-kanak..

Semangat Gadis Lagu untuk belajar piano menyalakan semangat antara pelajar.

Pengembaraan tujuh anak Nota menjelaskan semua peraturan tatatanda muzik yang sukar dengan mudah.

Buku ini mengandungi banyak aktiviti interaksi kepada kanak-kanak.

Contoh-contoh bermain sambil belajar

Kanak-kanak dapat memahami nota dengan mudah, dan boleh mula memainkan piano dengan skor serta mengarangkan muzik mereka.

Kaedah ini dapat diajarkan melalui aktiviti-aktiviti yang menarikkan minat kanak-kanak.

Contoh muzik yang dikarangi oleh kanak-kanak

Pelajar yang paling muda memerlukan lebih kurang 6 hingga 10 bulan dalam pengarangan. Pelajar yang besar sikit pula dapat mengarangkan karya muzik mereka dan menotakan – pada sesi pembelajaran piano yang pertama !

Tekankan gambar bawah ini untuk membesarkan.

Umur 3 tahun

Umur 4 tahun

Umur 6 tahun

Umur 7 tahun

Semua komposisi muzik telah diterbitkan dalam buku kita ‘The Fairy-Tale Notes’. Dalamnya mengandungi 35 karya muzik yang dikaryakan oleh 28 orang kanak-kanak (dari umur 3 hingga 9 tahun).

Muat turunkan contoh-contoh tersebut secara percuma : PDF

Latihan guru

‘Muzik merupakan suatu bahasa yang terindah, yang sangat biasa kepada kebanyakan orang’

Moto UNICEF’s diterbitkan dalam setiap edisi ‘Song Girl and Little Notes’.

Sejak tahun 2020, kita akan mula mengkongsikan Kaedah Bajkowska dalam bahasa Inggeris antara guru-guru, sekolah-sekolah, dan universiti yang terpilih. Kalau kamu berminat untuk menyertai projek ini, silakan menghubungi kita (dalam bahasa Inggeris).


0 / 580
EnglishpolskiEspanol中文日本語한국인MelayuAuthorCookie Policy
All rights reserved | 1980-2025 © Lidia Bajkowska, Stowarzyszenie Five-Up